HARGA EMAS HARI INI













~TIP BAYAR INSTALLMENT KERETA MENGGUNAKAN EMAS~
Ini adalah teknik yang saya dapat dari rakan emas yang lain, teknik yang semua orang boleh buat apabila emas ada didalam tangan dimana “wang kertas” tak boleh buat.Katakan anda ada tunai lebih kurang RM3500 dan mempunyai sebuah kereta baru yang perlu bayar installment RM400 sebulan selama 9 tahun.Langkah 1Anda beli barang kemas (emas) yang nilainya RM 3350Pajakan di AR Rahnu dan mendapat cash sebanyak 70% daripada nilai emas anda.Hasil pajakan = 70% X RM3350 = RM2512Langkah 2Gunakan RM2512 tadi , untuk bayar installment kereta selama 6 bulan secara “lungsum” .Kemudian daripada gaji anda yang sepatutnya digunakan untuk membayar instalment kereta, ubah kepada untuk membayar pajakan Ar rahnu tadi.Jadi setiap bulan anda bayar untuk tebus emas anda, dan selepas 6 bulan, anda boleh keluarkan emas daripada pajakan dan dalam masa yang sama anda dapat membayar kereta anda
KESIMPULAN1. Setiap 6 bulan anda tebus emas anda dan ulang balik sehinggalah kereta anda habis bayar.2. Nampak macam “Baik bayar kereta macam biasa je tiap-tiap bulan, lagi senang, tak payah pajak”. Tapi selepas 9 tahun anda hanya dapat kereta sahaja. Bayaran tetap sama.3. Berbanding jika ada lakukan sebegini selepas 9 tahun. Anda akan dapat kereta dan juga emas.4. Katakan dengan RM3500 anda dapat membeli 23g emas 916 (RM150/g). Bayangkan kenaikan emas 20% setahun dan selepas 9 tahun emas 23g anda akan bernilai RM9660.Wow!!! Jadi daripada anda mendapat Kereta sahaja, baik dapat kereta dan juga emas.* Pengiraan ini tidak 100% tepat sebaliknya anggaran sahaja berdasarkan ramalan kebanyakan pakar tentang harga emas.

















Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkan dengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM108,200 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun sehingga merugikan. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbangan yang rugi RM535 juta pada suku kedua tahun ini!
Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duit itu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan