PELABURAN ASB DI BEKUKAN BILA DIA MENINGGAL DUNIA




Pelaburan ASB Seseorang Pelabur Dibekukan Selepas Mati | Masih ramai pelabur ASB yang tak tahu perkara yang saya tulis di bawah. Jadi saya berpendapat elok jika dapat saya kongsikan bersama masyarakat bumiputera kita.Ok, ramai di antara kita mempunyai pelaburan saham ASB, tak kiralah sama ada secara pelaburan terus mahupun secara pinjaman atau lebih popular ASB Loan. Walau macam mana sekalipun method pelaburan ASB yang anda lakukan, ada satu perkara yang anda perlu ketahui iaitu..

PENAMAAN WARIS ASB...
Kita duk sibuk melabur setiap bulan masuk duit dalam ASB. Tapi sedarkah kita tentang realiti kehidupannya bahawa kita bukanlah hidup untuk selamanya-lamanya....
Jika anda berasa anda masih muda dan lambat lagi untuk mati, anda sebenarnya silap. Kerana mati itu pasti dan mati itu tiada rukun dan syarat.Oleh itu, kita perlu fikirkan apa akan jadi pada harta-harta pelaburan kita selepas meninggal dunia....

Mati tidak disyaratkan tua
Mati tidak disyarakatkan sakit...

Persoalan utama saya di sini untuk anda yang melabur ASB, adakah wang simpanan dan pelaburan ASB sampai kepada waris kita terutama keluarga terdekat kita seperti pasangan, anak-anak dan ibu bapa kita selepas kita meninggal dunia ? Keluarga kita yang masih hidup masih memerlukan sumber kewangan untuk meneruskan hidup mereka....
Saudara dan saudari sekalian,
Jangan terkejut kalau saya katakan bahawa simpanan dan pelaburan anda di ASB akan dibekukan selepas kematian anda. Ya ! Segala simpanan dan pelaburan anda di ASB dibekukan sejurus anda meninggal dunia (Akta Probate 1959)....

Untuk makluman anda juga, tiada penamaan pada simpanan dan pelaburan anda di ASB kecuali jika anda telah melaksanakan pengisytiharan amanah (produk baru ASB). Dan saya percaya rata-rata pelabur ASB tidak membuat pengisytiharan amanah kerana sebab berikut...
1) Caj pengurusan yang dikenakan ASNB untuk pengisytiharan amanah...
2) Pelabur sendiri tak pernah tahu & tak mahu ambil tahu hal ini..
3) Pelabur rasa belum nak mati lagi untuk penamaan & tak pernah rancang masa akan datang...
Lihat screenshot laman web ASB atau klik [SINI] kalau masih tak percaya selagi tak baca. Saya petik ambil part yang penting sahaja, nak penuh boleh teruskan di laman ASB...



Bagi saya, tiada guna kalau ketika hidup kita bersusah payah, ikat perut untuk menyimpan duit kalau akhirnya lepas meninggal kesemua duit tersebut DIBEKUKAN macam tu aja. Nak jadi pelabur, jadilah pelabur yang cerdik. Untuk apa anda sumbangkan simpanan anda ke dalam kumpulan wang tak dituntut ? Sedangkan ahli keluarga yang masih hidup terpaksa catu makan minum selepas anda meninggal dunia kerana kedaifan anda mengurus simpanan dan pelaburan anda ketika hidup. Nak letak penama pun berkira-kiranya, akhirnya duit tu tak kemana....


Bila saja berlaku kematian pada pemilik akaun ASB, dengan serta merta pelaburan ASB akan dibekukan, duit dalam ASB bukan terus dapat pada anak, pada pasangan mahupun ibu bapa yang masih hidup....
Tak kira la dalam ASB tu ada RM 100,000 mahupun RM 10 sekali pun....
Beku tetap beku. That's the rule...
Bila duit dah beku, keluarga atau waris yang menuntut perlu dapatkan Surat Tadbir Pusaka bagi membolehkan pengeluaran duit ASB si mati dilakukan. Jika selama ini berpendapat bahawa keluarga anda terima semua simpanan anda setelah anda dapat title 'arwah', anda SILAP BESAR....
Sebaliknya keluarga anda menderita. Kenapa ? Duit anda dah dibekukan satu perkara. Bagi yang buat pelaburan secara ASB loan lagi la naye. Mana tak nayenya, anda ingat bank hapuskan hutang loan ASB macam tu aje ke kalau meninggal dunia ? Siapa nak tanggung hutang tu ? Siapa lagi kalau bukan waris anda. Sebab tu ada bank yang bijak, dia kenakan caj insurans secara monthly basis ke dalam pembiayaan ASB loan anda supaya bila anda meninggal dunia, hutang tu dapat ditebus melalui insurans. Bank adalah organisasi yang tak akan buat bisnes yang tak memberi keuntungan pada mereka, ingat tu !...
Apabila harta simpanan dah dibekukan, waris anda perlu dapatkan Surat Tadbir Pusaka, kena kumpul waris-waris yang masih hidup yang lain untuk pengagihan baki pelaburan. Kebiasaannya proses ini memakan masa berbulan lamanya, malah ada yang makan masa bertahun-tahun masih tak selesai tuntutan harta si mati bergantung kepada kes. Dan kat sini, pengurus surat tadbir pusaka akan caj % untuk uruskan harta yang nak diagihkan. Kan da rugi kat sini, kalau 4% daripada RM 100,000 dah berjumlah RM 4,000 (boleh buat upah haji 2x)....
Andai kata ada pertelingkahan dalam urusan agihan, maka makin panjang masa akan diambil untuk duit pelaburan yang telah dibekukan sampai kepada keluarga kita terutama sekali anak, pasangan dan ibu bapa. Maka tak hairan la kenapa sehingga kini masih terdapat RM 40 bilion harta umat Islam yang telah meninggal dunia dibekukan....


Kenapa boleh timbul pertelingkahan ? ...
Kerana pembahagian adalah berdasarkan faraid. Termasuk pelaburan ASB si mati.
Jika anda sebagai isteri yang baru kematian suami, dengan andaian jumlah pelaburan arwah suami RM 100,000, anda hanya layak terima 1 bahagian sahaja (rujuk kalkulator faraid & tertakluk kepada bilangan ahli keluarga waris yang masih hidup yang layak menerima harta faraid)....

Setelah ditolak agihan mengikut faraid, si balu mungkin menerima beberapa ribu ringgit dari jumlah RM 100,000. Jadi jika ada menyimpan dengan jumlah besar dalam ASB, tercapaikah hasrat anda untuk anda agihkan duit tersebut terus ke anak, pasangan atau ibu bapa anda dengan jumlah yang anda sendiri tentukan untuk mereka ?..


 Jom pakat serbu TH be keluar duit..tinggalkan rm1300 BG yg belum pi haji...yg dah pi tinggalkan rm1 . Jika urusniaga gila ni Di batalkan..simpan Balik..jom tunjuk kuasa kita sbg penyimpan...sapa tak paham lg isu ni..rajah ni lebih clear...



Tahukah anda ...RM vs Emas

Lelong 7kg sejuta....

1999=35kg rm1juta
2014=7kg rm 1juta
2020=2@3kg rm1juta

Pergh!! Kalau lah dulu aku lagi akan jadi macam ( ramai yang ralat )...

So..jom mulakan hari ni walau dgn 1 gram goldbar ....





Okay... step ni agak sesuai, tapi untuk orang yg ada modal banyak. Kalau untuk 10g, mesti ada 3 ketul buat permulaan. Jumlah modal utk 3 x 10g, ada lah dlm RM3900 (kita ambik RM130 per gram). 

Pajak 3 dulu dalam ar-Rahnu selama 6 bulan. Bulan ke 2, du
it hasil pajakkan yg disimpan setiap bulan guna buat beli lagi 2 ketul. Pajakkan 2 ketul yg baru tu pulak. Simpan lagi duit, menjelang bulan ke 4, tebus ketul 1 dan 2 dgn duit pajak yg kita simpan, terus jual. Dapat duit, beli lagi 2 ketul. Bulan ke 6 sbelum tarikh akhir tebus ketul 3, tebus ketul 3 dan sambung pajak lagi 2 yg baru. Main ulang-ulang. 

Selalunya modal permulaan agak banyak dan makan masa jugak....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan