PRODUCT LISTING



Cara Kiraan Zakat Emas
Emas dan perak merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah s.w.t. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang.Dalam hal ini, zakat emas dan perak terbahagi kepada dua perbahasan iaitu atas zat atau ‘ain emas dan perak itu sendiri sama ada dipakai atau disimpan dan perbahasan kedua ialah zakat mata wang kerana sandaran mata wang pada zaman ini asasnya kepada emas.
ZAKAT EMAS DAN PERAK
Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila telah sampai nisab dan telah cukup haul setahun.
DALIL WAJIB ZAKAT EMAS DAN PERAK
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan ingatlah orang yang menyimpan emas dan perak, serta tidak membelanjakannya di jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan atau azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. (surah at-Taubah 34)
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
Tidak ada seseorang yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambaNya. 

-Riwayat Muslim-
JENIS EMAS YANG DIWAJIBKAN ZAKAT
EMAS YANG DISIMPAN
Emas yang tidak dipakai bermaksud emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas yang dipakai menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%. sebagai contoh, jika berat keseluruhan emas yang tidak dipakai itu seberat 90 gram bernilai RM9500 maka zakatnya adalah : RM9500 x 2.5% = RM237.50
EMAS YANG DIPAKAI
Emas sama ada dipakai (sebagai perhiasan) sekali-sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Walau bagaimanapun jika ia melebihi ‘uruf maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai ‘uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja dan tidak termasuk batu permata atau seumpamanya.

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) (klik)

NISAB DAN KADAR ZAKAT EMAS
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
“Tiada wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar (85gram). Apabila ada pada engkau 20 dinar dan cukup haul, maka wajiblah zakat padanya 1/2 dinar (2.5%). Maka sekiranya lebih dari 20 dinar, hendaklah dihisab menurut lebihannya itu 2.5% daripada keseluruhannya”. (Riwayat Abu Daud)
Nisab bagi emas ialah 85gm atau 20 miskal / dinar atau 25 mayam.
Apabila seseorang memiliki emas menyamai nisab semasa atau lebih dan telah cukup haul (setahun) ia wajib mengeluarkan zakat. Ulama sepakat mengatakan bahawa emas apabila cukup 20 misqal, maka wajib dikenakan zakat. Kadar zakat ialah rubu’ al ‘usyur iaitu satu perempat puluh (1/40) atau dua setengah peratus (2.5%).
Emas yang disimpan seberat 85gm dan telah mencukupi satu tahun, wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5 % daripada nilai semasa emas tersebut (termasuk juga emas yang rosak / patah)
Emas yang dipakai tidak diwajibkan zakat kecuali melebihi uruf. Kadar uruf (kebiasaan pemakaian setempat) di Negeri Pahang ialah 200gm. Emas yang dipakai yang melebihi uruf dikenakan zakat sebanyak 2.5 %. (berat yang melebihi uruf sahaja).
CONTOH PENGIRAAN :
(Andaikan nisab semasa 85gm emas adalah RM 8,909.48)
Emas tersimpan seberat 90gm.
1gm emas = (RM 8,909.48 ¸ 85) = RM 104.82
90gm emas = 90gm x RM 104.82 = RM 9,433.80
Zakatnya = RM 9,433.80 X 2.5% = RM 235.85
Emas yang dipakai seberat 300gm.
200gm = uruf pemakaian emas
300-200gm = lebihan daripada uruf = 100gm
100gm emas = 100gm x RM 104.82 = RM 10,482.00
Zakatnya = RM 10,482.00 X 2.5% = RM 262.05
Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:
1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik
2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.
3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.
4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.
5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.
6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.
(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)
p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.
NISAB DAN KADAR ZAKAT PERAK
Wajib zakat pada perak lima auqiyah ;
[ Satu auqiyah = 40 dirham. ( 5 x 40 = 200 dirham ) ] Ijmak’ ulama’ telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan dengan 595 gram.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“…tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq.”
(Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud :
“Pada perak (zakatnya) 1/40…” (Riwayat al-Bukhari)
Contoh Pengiraan Zakat Perak :
Andaian 1 gram perak = RM 30.00
Perak yang dimiliki seberat 1,000 gram.
1,000 gram perak (lebihan 405 gm dari nisab)
1,000 x RM 30= RM30,000
Zakat yang dikenakan ialah : RM 30,000 X 2.5% = RM 750.00
Kesimpulan
Saya berharap agar topik kali ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah dalam pengiraan zakat emas dan perak kerana zakat ini merupakan perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam sekiranya cukup syarat…Sebagai pelabur kita inginkan kejayaan di dunia dan juga keberkatan di akhirat
Oleh itu, selamat membuat pelaburan emas dan perak dan semoga berjaya







Banyak kedai emas jika ditanya mutu emas amethyst=main hemtam shj bgtau berat&mutu x cukup=mungkin ini cara BERSAING supaya keyakinan ahli jd kurang.
@pajak cina yg dah lama bisnes.
Cara nak SEMAK YG TERBAIK....pi kedai2 emas yg dah lama berniaga=tokey dah pakar nilai...buat2 mcm nak trade in@jual...tanpa bgtau beli kt mana.
Arrahnu=jika guna timbang air...MESTI TAK DPT DPT MUTU TEPAT JIKA GUNA TIMBANG AIR....satu kes kt arrahnu johor..mutu dapt 835 dan 750 shj.
Sy pi ke arahnu tersebut....kesalahan yg dia buat 1) air mengandungi gelembung udara yg banyak=dia tak bersih.
2)bawa ke pajak cina=dia boleh bgtau mutu yg betul.
Ramai org pajak=ikut lapuran lbh dr 30juta....nilai marhun tinggi....bila berlaku penurunan dlm 6 bulan ke hadapan jatuh kpd rm170 segram.....bank mengalami susut nilai rm30k segram.
Kes ini terjadi pd thn 2010.....nilai marhun rm200/g
Lg satu polisi arrahnu terkini= set mutu lebih rendah dr 916.....tujuan ?? Sbg pelindung dr KERUGIAN JIKA EMAS TURUN MENDADAK ...INI KERANA KONTRAK UPAH SIMPAN ADALAH 6BULAN.....jika emas turun NILAI MARHUN PULA TINGGI maka pihak bank rakyak rugi besar jika perlu buat lelongan.
Timbangan air=pekedai emas main hemtam shj nilai pd mutu kandungan yg baru
Dlm industri EMAS pengilang hanya keluarkan 24k=999..22k=916....835&18k=750(ikat batu permata).........ini yg kerajaan luluskan ..kilang ikut mutu ini.
Pekerja kat arrahnu=mereka bukan pakar nilsi emas=100% bergantung kpd timbang air yg keputusan disambung dng sistem komputer.......
Contoh...cc kereta proton 1500cc ...tidak boleh pomrn kereta suka2 kata cc ini 1235cc..ini salah fakta.
Persaingan dlm bisnes dan aliran emas TURUN menyebab fakta2 ini terjadi tn.
Konsep kita=sbg peniaga islam....timbang dan mutu mesti cukup tn.
Mereka pakar dlm nilaian mutu emas.
Pengajaran berguna ini=pihak banyak memutuskan set dlm sistem rendah kan mutu sbg pelindung kpd NAIK TURUN harga
Kte jadikan pengalaman yg berharga ini utk lbh bersemangat dlm powergold...



Jongkong dan Bar Emas (Gold bars).
Gold Bar adalah emas yang telah dileburkan dan dijadikan kepingan ataupun jongkong. Terdapat dua jenis gold bar iaitu Minted dan Cast.
Cast - Gold bar yang dibuat dengan cara meleburkan emas dan menuang cecair emas ke dalam acuan bagi membentuk gold bar. Ianya tidak mengalami proses refining dan touch-up, jadi rupabentuknya agak kasar dan sedikit hodoh.
Minted - Gold bar yang dibuat dengan cara meleburkan emas dan menuang cecair emas ke dalam acuan. Selepas itu, gold bar yang siap akan mengalami proses refining dan touch-up untuk menghasilkan bar yang lebih menarik dan halus.
Minted gold bar adalah biasanya lebih mahal dari Cast gold bar disebabkan lebih banyak kerja pertukangan diperlukan untuk menghasilkan minted gold bar. Tapi ketulenan mereka adalah sama iaitu jenis 999.9 dan mempunyai ketulenan 24k, seperti yang dicatat pada sijil register emas yang diberikan sekali dengan gold bar tersebut.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan